Tabung Korban

Ringkasan Tabung Korban

Tabung Korban adalah dimiliki dan dijalankan sepenuhnya oleh syarikat Pro-Vet Group of Companies Sdn. Bhd. (444201-V), yang beralamat di Jalan Desa Serdang 4, Taman Desa Serdang, Petaling, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Visi

Menjelaskan kepentingan pelaksanaan ibadah Korban kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.

Misi

Memudahkan orang ramai untuk melaksanakan ibadah Korban.

Objektif Tabung Korban

Menyediakan platform mudah bagi orang ramai untuk menjadi peserta ibadah korban secara atas talian.

Menyediakan kaedah bayaran secara ansuran dan mampu milik untuk mereka yang berniat untuk melaksanakan ibadah korban.

Merancakkan lagi aktiviti Korban di Malaysia

Memastikan wang yang dikeluarkan diurus secara telus dan jujur.

Menyuntik ekonomi usahawan lain dengan membuka peluang kepada penternak untuk membekalkan lembu korban.

Ibadah korban ditakdirkan sebagai simbol kesyukuran kepada Allah s.w.t atas semua pahala dan rezeki yang dikurniakan kepada manusia.

Ini juga dimaksudkan sebagai kompensasi untuk menghilangkan dosa atau kesilapan yang dilakukan oleh orang yang ingin mengambil bahagian dalam ibadah korban. Tidak ketinggalan, mengambil bahagian dalam ibadah korban dapat memberikan kelegaan kepada keluarga penyumbang dan juga penerima daging korban.

× Perlukan Bantuan?